Nama saya Aiman Afify.FB?Aiman Affify.Hope u enjoy reading my blog.

Monday, September 10, 2012

Lelaki Aneh Makan Bedak Dan Sabun Selama 17 Tahun

Mungkin inilah kali pertama kita mendengar seorang lelaki mempunyai satu tabiat pelik. Tabiat pelik tersebut adalah dia gemar makan bedak dan sabun selama 17 tahun. Bagaimanapun, lelaki aneh ini tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

“Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.

Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu. Jom kita tengok rupa lelaki aneh yang makan bedak dan sabun selama 17 tahun. Murah kot bedak dan sabun dari makanan kot…



No comments:

Post a Comment