Nama saya Aiman Afify.FB?Aiman Affify.Hope u enjoy reading my blog.

Monday, September 10, 2012

Kasihan! Ular Sawa Hamil Dilanggar Anak Berterabur




Sebelum ni kita pernah melihat ular sawa dijadikan sosej makanan (LINK). Ini adalah rakaman video yang menggambarkan seekor ular sawa raksasa yang sedang hamil dilanggar sebuah kenderaan dijalan raya hingga mati, tragisnya telur yang berisi janin ular dalam kandungan ular sawa itu berterabur keluar hingga bersepah di jalan raya. Di bawah merupakan gambar ular sawa hamil yang telah digilis di atas jalan raya.


Masih banyak orang bingung sebenarnya ular sawa itu bertelur apa beranak seperti halnya mamalia lain, tapi bukankah ular tidak menyusui? Bererti bertelur yang lebih tepat adalah Ovovivivar.

Kebanyakan jenis ular berkembang biak dengan bertelur. Jumlah telurnya boleh beberapa butir saja, hingga puluhan dan ratusan butir. Ular meletakkan telurnya di lubang-lubang tanah, gua, lubang kayu lapuk, atau di bawah timbunan daun-daun kering. Beberapa jenis ular diketahui menunggui telurnya hingga menetas; bahkan ular sawa ‘mengerami’ telur-telurnya.

6 Tip Elak Mengantuk di Pejabat (Menarik!)



Apabila kita bekerja tidak kira di mana mahupun di pejabat, rasa mengantuk boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyangan dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh kita lakukan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. Wangian aromaterapi

Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

4. Dengar Muzik

Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Luar Biasa! Budak 2 Tahun Miliki Kemahiran Kendali Haiwan Liar



Boleh dianggap luar biasa jika seseorang itu mempunyai kemahiran untuk mengendalikan haiwan liarseperti buaya, ular dan sebagainya. Menurut laporan, walaupun baru berusia dua tahun, Charlie Parker boleh dianggap sebagai ‘pakar ular’ jika dilihat kemahirannya berdepan dengan reptilia berbahaya itu.

Keyakinan dapat dilihat dengan ketara ketika Parker mengangkat ular sawa seberat 10 kilogram semalam, walaupun pada ketika tertentu langkah budak itu kelihatan goyang. Media tempatan melaporkan, Parker kini digelar sesetengah pihak sebagai renjer haiwan liar paling muda di Australia.

Melihat kepada sejarah hidupnya, memang tidak menghairankan jika Parker mudah akrab dengan haiwan liar. Dia dilahirkan pasangan suami isteri yang menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Victoria. Bapa Parker yang juga pemilik taman itu, Greg, berkata tiga generasinya menjadi penjaga haiwan dan membesar dalam lingkungan hidupan liar. “Kami memang terkejut dengan kemampuan semula jadi Parker berdepan haiwan liar.

“Selain tidak menampakkan rasa takut, Parker juga melayan haiwan yang ada di taman hidupan liar ini. “Dia juga mengagumkan kerana memiliki pengetahuan mengenai haiwan itu tanpa perlu kami memberinya pendedahan apa-apa sejak awal.

“Nampaknya kemahiran itu memang ada dalam darah dagingnya,” katanya.

Selain ular, Parker juga sering dibenarkan bermain dengan pelbagai jenis haiwan liar lain, termasuk anak buaya di taman haiwan yang dibuka sejak 1987 itu.

Budak Jadi Jutawan Kerana Muntah Ikan Paus




Tahukah anda bahawa muntah ikan Paus sangat mahal? Itulah yang ditemui oleh seorang budak lelaki yang tinggal di Bournemouth, Britania Raya. Budak yang beruntung ini adalah Charlie Naysmith 8 tahun. Ketika dia sedang berjalan-jalan di tepi pantai Hengistbury Head, dia ternampak sebuah bongkahan agak besar yang menyerupai batu. Bentuknya yang tidak rata dan berwarna kuning keemasan membuat Charlie berfikir ini adalah jenis batu yang biasa ditemui di tepi pantai.

Akan tetapi, orangtuanya tidak cepat mengambil keputusan begitu saja, mereka justru meneliti bongkahan unik tersebut. Ternyata, itu bukanlah batu melainkan muntah ikan Paus Sperma yang sudah mengeras kerana sudah lama terkena paparan sinar matahari dan zat garam dari air laut.

Faktanya, muntahan Paus Sperma ini banyak dicari oleh pembuat perfum kerana kandungan kimia di dalamnya mampu membuat aroma perfum bertahan lebih lama.

Harga 500 gr kotoran/limbah paus bisa mencapai 10.000 dollar Amerika Sedangkan, untuk ukuran bongkahan muntah paus yang ditemukan Charlie, harganya boleh mencapai 63.000 dollar Amerika . Dengan jumlah yang sangat besar itu, Charlie bisa menjadi jutawan cilik mendadak, hanya kerana kebetulan menemui muntahan ikan paus sperma tersebut.

Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia

Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.

Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.

Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu. Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut 
:





Kisah Seram – Usikan Bibir Kebaya



Ingin membaca kisah seram lagi? Satu lagi kisah seram yang ingin dikongsikan kepada anda yang bertajuk Usikan Bibir Kebaya. Jom layan cerita di bawah ini.

Sejak dari pagi lagi, anak-beranak Haji Solehin sibuk menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil arwah yang akan diadakan selepas Maghrib nanti. Masing-masing telah diberikan tugas khas yang perlu diselesaikan sebelum menjelang senja. Semua kesepuluh anak Haji Solehin telah berkampung di rumah pusaka arwah sejak dua hari lepas. Masa itulah mereka membersihkan rumah yang telah ditinggalkan semenjak kematian Haji Solehin dan mula mengumpul kayu api di bawah bangsal untuk memasak.

Di Kampung Sungai Sengkela, kalau anak-beranak Haji Solehin pulang serentak, barulah suasana kampung bertukar wajah. Bayangkanlah keriuhan sepuluh orang anak dengan bilangan cucu mencecah 40 orang dan beberapa orang cicit. Rumahnya riuh-rendah dengan suara kanak-kanak bersorak riang bermain bola, suara si ibu memarahi anak dara yang lambat mandi dan suara si bapa yang sibuk mengarah tapi mata asyik melekat pada kaca televisyen.

Ketika memasak sambal sotong di bangsal tepi pokok jambu, anak ketiga Haji Solehin, Kamariah, mula bercerita kisah zaman kecilnya sambil tangan sibuk mengacau kuah sambal. Turut membantunya di bangsal ialah seorang anak daranya dan tiga orang anak saudara yang baru tiba dari Temerloh, Pahang.

“Kamu semua nampak tak pokok kundang yang lebat berbuah di tepi parit tu?,”soal Kamariah sambil mengalih-alihkan kayu api.

“Dulu, masa arwah tok kamu masih ada… dia pernah bercerita tentang perempuan cantik yang sering ditemui di situ. Yang peliknya, hanya lelaki sahaja yang pernah melihat perempuan cantik tu. Arwah Wan kamu sendiri tak pernah berjumpa dengannya,” kata Kamariah.

“Siapa perempuan cantik tu, Mak Lang? Dia orang kampung ni juga ke?” tanya Shidah.

“Menurut arwah tok kamu, orang kampung percaya perempuan cantik yang mereka temui itu ialah arwah Mak Ngah Bibah yang meninggal dunia akibat menggantung diri. Dulu, arwahlah yang menanam pokok kundang di tepi parit tu. Selepas isterinya meninggal, suaminya terus meninggalkan kampung ini dan menjualkan tanah tapak rumahnya kepada orang lain. Mereka bukan penduduk asal Kampung Sungai Sengkela tapi merantau ke sini dari Pattani.

“Arwah Mak Ngah Bibah pernah menjadi Ratu Kebaya sebelum berkahwin kali kedua dengan Pak Bidin. Faham-fahamlah bila dah dapat gelaran ‘ratu’, orangnya mestilah cantik molek. Kiranya, dia memang jadi sebutan di kampung ni. Pada mulanya, Pak Bidin kembang kempis bila orang memuji isterinya. Tapi lama kelamaan dia mula panas hati. Bila dah kenal erti cemburu, badan Mak Ngah Bibah menjadi mangsa Pak Bidin melepaskan amarahnya.

“Semua orang kampung tahu Pak Bidin mendera isterinya. Bukan seorang dua yang pernah menasihatinya malah dah berbuih mulut orang kampung cuba mendamaikan mereka. Menasihatkan Pak Bidin samalah seperti mencurahkan air ke daun keladi. Di depan orang kampung, dia berjanji akan berubah sikap. Di depan Mak Ngah Bibah, dia kembali menjadi ‘singa’ lapar.

“Kemuncak pergaduhan mereka terjadi apabila Pak Bidin menuduh isterinya membuat hubungan dengan anak Pak Din Tukang. Anak Pak Din tu baru je lepas universiti. Sementara menunggu peluang kerja, dia menolong ayahnya bertukang menyiapkan rumah orang kampung.

“Ketika membesarkan dapur rumah Pak Bidinlah, Mak Ngah dituduh main mata dengan budak bujang tu. Puaslah Mak Ngah menafikan tuduhan liar suaminya tapi Pak Bidin sedikit pun tak ambil peduli. Hari tu, berbiratlah badan Mak Ngah dirotan oleh Pak Bidin. Dia memukul isterinya macam budak kecil.

“Puas melihat Mak Ngah kesakitan kena rotan, Pak Bidin terus menambah kesakitan dengan sepak terajang pula. Meraung panjang Mak Ngah hari tu. Orang sekeliling yang mendengar terus memanggil polis. Bila dah jadi kes polis, kisah Mak Ngah merebak hingga ke hujung kampung. Barulah Pak Bidin menyesal dan rasa malu yang teramat sangat. Tapi nasi dah jadi bubur. Mak Ngah dah tawar hati dengan perangai suaminya.

“Kekecewaan Mak Ngah semakin bertambah semenjak dua bulan selepas itu apabila ada perempuan Siam datang ke rumahnya dan mengadu sebagai perempuan simpanan Pak Bidin. Dia tunjukkan gambar-gambar Pak Bidin yang ada dalam simpanannya. Hancur-luluh hati Mak Ngah Bibah melihat kelakuan tak senonoh suaminya itu.

“Selang seminggu selepas itu, semasa Pak Bidin tiada di kampung, mayat Mak Ngah Bibah dijumpai tergantung di dalam bilik tidurnya. Gemparlah seluruh kampung mendengar kisah Mak Ngah Bibah membunuh diri.

“Selepas jenazahnya selamat dikebumikan, barulah Pak Bidin balik ke kampung semula. Tapi dia tak sanggup lagi tinggal di rumah tu. Katanya hantu Mak Ngah selalu mengganggunya,” jelas Kamariah dengan panjang lebar.

“Masa bila pulak orang kampung terserempak dengan hantu Mak Ngah tu?” soal Shidah lagi. Bersungguh-sungguh dia hendak tahu cerita Mak Ngahnya itu.

“Arwah tok kamu pernah terserempak dengan perempuan cantik memakai kebaya ketika hari senja. Waktu tu, dia sedang menghalau lembu ke dalam kandang. Kebetulan pula, kandang lembu tu didirikan berdepan dengan pokok kundang. Perempuan cantik tu berjalan laju melintas di depannya dan terus berlalu ke arah kebun Haji Busu. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Sekali toleh sahaja bayangan perempuan cantik itu sudah menghilang.

“Selain daripada arwah tok, Haji Busu pun pernah terserempak dengan perempuan berkebaya sewaktu balik daripada majlis tahlil di rumah Pak Uteh. Menurut ceritanya, Haji Busu mendengar suara perempuan menangis di bawah pokok kundang. Dari jauh, Haji Busu nampak perempuan berkebaya seolah-olah melambai-lambai ke arahnya. Bila didekati, ia semakin menjauh dan terus hilang. Bila hantu berbaju kebaya menjadi bualan penduduk kampung ini, nama arwah Mak Ngah Bibah terus dikaitkan dengannya. Sama ada betul atau tidak, itulah hantu Mak Ngah Bibah, tiada siapa yang tahu,” ujar Kamariah.

Selepas bercerita panjang lebar, Kamariah terus mengusik anak-anak saudaranya dengan cerita hantu yang pernah didengarinya sebelum ini. Masing-masing melopong mendengar cerita seram Kamariah.

Majlis tahlil di rumah arwah Haji Solehin berjalan lancar pada malam itu. Semua lauk-Pauk yang dihidangkan kepada hadirin yang datang, habis dijamah. Selesai membasuh pinggan, tibalah giliran Kamariah dan suaminya untuk menghantar Pak Uteh balik ke kampung seberang. Pak Uteh yang menjangkau usia 80 tahun, terlalu uzur untuk balik sendirian.

Dalam kereta, Kamariah sibuk mengungkit kisah arwah Mak Ngah Bibah. Pak Uteh pun galak menyambung ceritanya, semakin menambahkan kerancakan mengenainya. Sebaik sahaja menghantar Pak Uteh, suami Kamariah bercadang untuk mengikut jalan pintas untuk ke balik ke rumah.

Kisah Mak Ngah Bibah masih menjadi topik pilihan perbualan mereka. Tatkala melintas di kawasan kubur lama, Kamariah dan suaminya ternampak seorang perempuan cantik melintas betul-betul di hadapan keretanya. Nasib baik dia tidak dilanggar oleh suaminya. Yang membuatkan mereka melopong ialah perempuan cantik itu memakai
kebaya. Anehnya, wanita cantik itu tidak berkaki! Masing-masing terdiam dan hanya terpaku melihat bayangan wanita cantik berkebaya itu semakin menjauh dan terus menghilang.

Semenjak peristiwa tersebut, Kamariah terus tidak berani lagi menyebut nama Mak Ngah Bibah. Barangkali dia sendiri tidak menyangka akan bertemu dengan wanita berbaju kebaya itu.

Cerita Hantu Di Hostel (Seram!)



Mendengar cerita-cerita hantu dari senior kepada junior merupakan perkara biasa di asrama sekolah. Tidak cukup itu lagi, ia juga berlanjutan sehinggalah ke dunia hostel pelajar universiti. Pelbagai versi cerita hantu kita dengari. Jom kita dengar sebuah kisah hantu di hostel.

Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan Entah la,aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.

Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.

Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Click Here

Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.

Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap tak ada langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..

Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:

“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
Jangan jadi blogger syok sendiri

“Mana ada, semua dah tidur la..”

“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”

“….”

Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..

Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.

Seram! Jelmaan Gadis Misteri Di Tasik Melati Perlis



Mungkin bagi penduduk di negeri Perlis mengetahui tentang kewujudan Tasik Melati ini. Jika anda menuju ke Perlis Indera Kayangan, jangan sekali-kali meninggalkan jadual untukmengunjungi Tasik Melati. Ia sebuah tasik semula jadi mempunyai keluasan 6.4 hektar yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar Kangar. Kalau berkunjung ke situ bersama keluarga, sebaik-baiknya pada sebelah petang atau awal pagi. Ketika itu kita dapat melihat panorama yang sungguh mengasyikkan apabila kabus menyelubungi tasik itu. Ia seakan-akan berada di sebalik kelambu sutera.

Di situ tersedia kemudahan riadah, lorong untuk berjalan, dan sampan untuk disewa kepada pengunjung yang suka berkayuh. Ia sesungguhnya dapat merehatkan otot dan ketegangan fikiran, kerana kedudukannya terhindar daripada kesibukan lalu lintas dan kebisingan kota.

Di sebalik keindahan alam di Tasik Melati itu, ia juga menyimpan kisah lagenda menyayat hati yang sebelum ini kurang didedahkan kepada umum.

Tasik Melati telah wujud lebih seabad yang lalu. Ia Cuma mendapat perhatian sekitar sepuluh tahun yang lalu dengan usaha pihak Majlis Perbandaran Kangar. Di situ dibina jambatan dan pondok rehat serta landskap indah yang sepatutnya menjadi pujian pengunjung.

Di tasik itu juga mempunyai keunikan tersendiri, kerana di situ mempunyai 150 tasik kecil, seolah-olah menjadi pulau kepada sebuah lautan luas.

Tasik Melati ketika dulu digeruni penduduk berhampiran. Kononnya di situ terjadi kisah seorang gadis dikenali sebagai Melati bersama dua lagi teman sebayanya menjadi habuan nafsu buas sekumpulan lelaki.

Ketiga-tiga gadis itu dikatakan sedang membasuh kain di hujung tasik. Sambil membasuh, mereka yang hanya berkemban bergurau senda sehingga kain salah seorang daripada mereka terburai dan menampakkan buah dada yang montok dan mekar.

Kebetulan pula ketika itu sekumpulan pemuda melintasi di situ. Apabila terpandang saja keadaan gadis itu, mereka diruntun nafsu memuncak sehingga tidak terkawal lagi.Mereka mengheret ketiga-tiga anak gadis tadi ke bawah rimbunan pepohon meliar di tebing tasik.

Malangnya, ketiga-tiga gadis tadi tidak rela mahkota sucinya dirampas dengan mudah. Mereka melawan. Bagi mereka, lebih rela nyawa melayang daripada menyerah kalah. Akibatnya terjadilah pertarungan sengit di pinggir tasik itu.

Hebat! Ketiga-tiga anak gadis dari kampung hujung tasik itu langsung tidak mahu mengalah. Mereka mempertahankan kesucian diri sehingga nafas yang terakhir. Gerombolan lelaki itu akhirnya berjaya menewaskan anak gadis tiga orang. Wah, apa lagi, mereka meratahnya bagaikan harimau mendapat mangsa.

Kerana sesalan yang tidak berpenghujung dan rasa cemas yang datang secara tiba-tiba,mereka mengambil jalan pintas menyembunyikan kesalahan lalu ketiga-tiga mayat gadis itu dilontarkan ke dalam tasik.

Serentak itu air tasik bergelora, hujan panas pun turun lebat. Titisan hujan bagaikan mutiara berkilauan di dada tasik tanda menangisi kematian tiga gadis itu.

Anehnya belum pun hujan panas berhenti, tiba-tiba ketiga-tiga anak gadis tadi kelihatan bergurau senda sesama mereka sambil berenang di tengah tasik.

“Sampai hari ini masih ramai orang berjumpa ketiga-tiga anak gadis itu sedang bermandi-manda di tengah tasik.

“Apabila hari mendung atau hujan panas, terutama sebelah senja selalu orang nampak ketiga-tiga gadis itu berenang-renang di tasik,” dakwa Darini Abdullah, 32, penjual rojak buah dan air minuman di kawasan letak kereta tasik itu.

Menurut Darini lagi, penunggu tasik itu seekor ular sawa sebesar satu pemeluk.

“Saya rasa ia hanya jelmaan sahaja. Sebenarnya mungkin jin atau orang halus menampakkan dirinya seperti ular sawa pada masa tertentu,” kata Darini lagi.

Darini memberitahu lagi, hanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini barulah orang ramai mengunjungi tasik itu, terutama selepas dibina taman rekreasi oleh pihak majlis perbandaran. Sebelumnya orang amat takut melintasi di tepi tasik itu apabila menjelang senja.

Katanya, pernah satu waktu ibunya sendiri tersampuk penunggu ular sawa di Tasik Melati.

“Satu senja emak saya melintasi di tepi tasik itu sambil menyorong basikal kerana ia penuh dengan barang-barang.

“Sampai di rumah emak meracau-racau. Apabila di panggil dukun dia memberitahu emak melanggar ekor ular sawa dan selepas dukun minta maaf, barulah emak pulih,” katanya.

Darini yang tinggal di Batu 2 ½ Jalan Datuk Kayaman juga memberitahu, jika ada pasangan yang membuat kelakuan tidak senonoh di tasik itu, pasti tersesat sehingga tidak tahu jalan keluar.

“Pernah terjadi seoarang pencuri masuk ke kawasan tasik itu dengan barang-barang yang dicurinya. Akhirnya dia berpusing-pusing di kawasan tasik itu sehingga ditemui orang lalu di situ yang kemudian diserahkan kepada pihak polis cerita Darini ramah.

17 Jam Mayat Anak Bersujud



PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.

Mangsa terkejut

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa, Mohd Zairul Azri Mohd Zuri, 16, ditemui orang ramai di sebalik semak bersama motosikal yang dinaiki.

Haliludin berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal ke kampung Tok Dap, selepas tamat kelas tambahan.

“Tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 65 tahun, menunggang motosikal dari arah sama cuba membelok ke sebelah kiri.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa cuba mengelak lalu melanggar tiang di sebelah kanan jalan lorong bertentangan,” katanya semalam.

Tidak diketahui

Beliau berkata, mangsa yang tidak memakai topi keledar, mengalami patah tengkuk dan pinggang.

Haliludin berkata, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud.

“Mangsa mungkin cuba bangun, namun kecederaannya menyebabkan dia tidak dapat bergerak, sehingga menemui ajal di situ,” katanya.

Menurutnya, warga emas berkenaan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan, sebaliknya remaja terbabit menemui ajal di kawasan kejadian tanpa diketahui orang ramai.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan, dan kita memohon saksi yang melihat kejadian, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tanam sikap perikemanusiaan

Haliludin menasihati pengguna jalan raya, agar menanam sikap perikemanusiaan dan tanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini.

“Tidak kiralah siapa yang salah atau siapa yang benar kerana jika kita berdepan kecemasan, kita perlu membantu mangsa lain.

“Jangan bersikap ‘janji saya selamat’, sedangkan orang lain mengerang kesakitan sehingga menemui ajal,” katanya.

Usaha cari anak

Selepas hampir 17 jam mencari, akhirnya seorang bapa menemui mayat anak sulungnya, dalam keadaan bersujud, jam 2 petang kelmarin.

Bapa, Mohd Zuri Ismail, 41, berkata, mereka sekeluarga mula risau dengan keadaan Zairul Azri, yang tidak pulang selepas keluar ke kelas tambahan, malam itu.

“Saya, isteri dan ahli keluarga yang lain, mencari di rumah rakan-rakannya termasuklah di balai polis, namun hampa.

“Kami tidak menyangka hanya akan menemuinya, dalam keadaan tidak bernyawa, keesokan hari,” katanya.

Hilang anak lelaki tunggal

Mohd Zuri turut kesal dengan pihak terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu katanya, mengorbankan satu-satunya anak lelaki mereka, malah anak sulung daripada empat beradik.

“Setidak-tidaknya, dia boleh memberitahu orang lain, agar anak saya mendapat rawatan segera.

“Sekiranya dia melaporkan kejadian ini, Zairul Azri boleh diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, dia membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.

“Kami sekeluarga reda, namun berharap perkara sama tidak berulang akan datang,” katanya. – Sinar Harian Online

Gambar Manusia Tanpa Kepala (Seram!)

Sebelum ni kita pernah dipaparkan dengan berita misteri kepala terbang yang menggemparkan (LINK) alam siber. Baru-baru ini sebuah gambar yang agam menakutkan telah diambil oleh sekumpulan remaja yang berlatar belakangkan bangunan kuil mirip candi dan pura. Kemungkinan besar tempat kuil itu ialah salah satu tempat pelancongan di Indonesia. Dalam gambar tersebut pada bahagian sisi kiri terdapat seorang manusia tanpa kepala yang hanya berbaju dan berseluar corak atau seperti sarung yang bercorak. Gambar seram ini juga sehingga kini masih belum diketahui kesahihannya adakah ia betul atau disebaliknya.Gambar manusia tanpa kepala ini telah tersebar luas di BlackBerry Messenger di Makassar, Sulawesi Selatan. Jom tengok gambar seram lelaki tidak berkapala ni. Siapakah gerangan lelaki tanpa kepala tersebut?



Asrama Universiti Paling Mewah Di Dunia (9 Foto)

Sudah menjadi fitrah, setiap mahasiswa di universiti akan mengimpikan sebuah ruang asrama yang mewah dan dilengkapi dengan segala kemudahan. Namun kemudahan itu kebiasaannya terdapat di universiti swasta. Namun pernahkah kita membayangkan asrama universiti yang mewah seperti gambar di bawah ini. Ia merupakan sebuah asrama universiti yang diberi nama The Tietgen Residence Hall yang terletak di Denmark. Jom lihat gambar di bawah ini.











Lelaki Pelik Pusing Kepala 180 Darjah




Seorang lelaki ditemui mempunyai satu kelebihan istimewa yang mana dia mampu memusing kepalanya ke belakang sehingga 180 darjah. Kelebihan luar biasa lelaki pelik ini telah tersebar luas sehingga mendapat perhatian doktor perubatan. Mereka telah membuat kajian bagaimana lelaki tersebut mampu memusingkan kepalanya sehingga 180 darjah tetapi masih buntu mencari jawapannya. 

Sekumpulan Lebah Serang Menteri Luar Amerika Syarikat



Siapa di sini pernah di sengat lebah? Walaupun lebah sengatan seekor lebah tidak berbahaya, namun jika ia menyerang dengan bala tenteranya, boleh pengsan dibuatnya. Ini yang terjadi kepada Menteri Luar Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton dan rombongannya. Mereka diserang dan lantas bertempiaran lari kucar-kacir setelah sekumpulan lebah tiba-tiba menyerang. Insiden ini terjadi di akhir kunjungan Clinton di Malawi.

Dilaporkan Daily Mail, masa itu sedang diadakan upacara perpisahan di Lapangn terbang Internasional Kamuzu di ibukota Lilongwe setelah Clinton melawat negara tersebut selama enam setengah jam. Menurut saksi mata, tiba-tiba sekawanan lebah yang marah menyerang orang-orang yang ada di situ. Tiba-tiba semuanya berlarian lintang pukang termasuk isteri mantan presiden AS tersebut. Clinton dilaporkan berusaha melindungi dirinya dari sengatan lebah dan langsung masuk ke pesawat.Sementara itu, pejabat Malawi dan pasukan pengaman Menteri Luar AS berlarian tak tentu arah.

“Ada yang panik semasa lebah muncul di lapangan terbang. Orang-orang berlarian untuk menghindari sengatan, Menlteri Luar AS langsung naik ke pesawat,” kata saksi mata, dilaporkan harian lokal Nyasa Times.

Clinton bertolak ke Johanesburg, Afrika Selatan, untuk melanjutkan tour Afrikanya selama 11 hari. Dalam kunjungannya ke Malawi, Clinton melakukan pertemuan dengan Banda. Dalam pertemuan tersebut, Clinton memberikan selamat kepada satu dari dua presiden wanita Afrika itu kerana telah memajukan kembali perekonomian Malawi. Malawi adalah penerima donor AS hingga lebih dari US$200 juta untuk sektor kesihatan, pendidikan, pertanian, ekonomi dan pemerintahan. Negara ini adalah yang kelima dikunjungi Clinton setelah Uganda, Sudan Selatan dan Kenya dalam tour Afrika kali ini.

Mayat Makhluk Asing Ditemui Di Salji Siberia

Tidak lama dahulu, lebih kurang sebulan yang lepas, kecoh satu dunia dengan keluarnya satu video youtube yang menunjukkan mayat seekor (ke seorang haha kompius aku) makhluk asing terdampar di sebalik putih salji. Video itu difahamkan diambil di wilayah Siberia di Rusia. Tapi aku hairan la, kenapa kalau orang jumpa makhluk asing mesti dalam keadaan bogel. Tak bertamadun ke kaum makhluk asing tu? Kan makhluk asing telah mencapai teknologi hebat dengan UFO, yang boleh bergerak selaju cahaya, takkan baju sepasang pun tak mampu nak buat? Aku bersangka baik, baju dia terbakar kot masa terhempas tu hehe. Tapi yang pasti, samada makhluk asing ni wujud ke tak, ko tanya la diri sendiri. Atau kalau ko takde jawapan, ko pergi baca al-Quran sekarang. Kan Nabi Isa diangkat ke langit: “…Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..” (An Nisaa’:158).




Baginda Nabi Isa dan “tentera-tenteranya” insyaAllah akan turun ke Bumi di akhir zaman untuk memerangi Dajjal. Sila lihat hadis soheh ini. “Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya,maka ketahuilah; bahwa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan meneteskan air walaupun ia tidak basah” (HR Abu Dawud).

Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat, sehingga turunlah Isa Ibn Maryam, maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi): “Kemarilah dan imamilah shalat kami”. Ia menjawab; “Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)” (HR Muslim & Ahmad).

“Tiba-tiba Isa sudah berada diantara mereka dan berkumandangkanlah solat, maka dikatakan kepadanya, majulah kamu (menjadi imam solat) wahai roh Allah.” Ia menjawab: “Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah dia yang mengimami solat kamu” (HR Muslim & Ahmad).


Unik! Ikan Unicorn Yang Mirip Wajah Manusia

Banyak ikan yang kita lihat mempunyai bentuk fizikal yang unik dan pelik. Salah satu ikan paling unik di planet ini adalah ikan unicorn yang dianggap mirip wajah manusia kerana memiliki hidung yang besar. Malah, para saintis berpendapat seluruh kepala hidupan akuatik itu aneh kerana seakan-akan wajah manusia yang sedang marah. Bagaimanapun,ikan pelik ini memiliki satu keupayaan yang mengagumkan di mana ia mampu bertukar warna pada badannya.




Sebenarnya, struktur pada kepala ikan yang dianggap hidung itu adalah tanduknya yang berperanan sebagai perisai melindungi diri. Ikan bertanduk Naso itu sebenarnya berasal daripada negara Latin dan kini sedang dipamerkan di SeaLife Centre di Weymouth, Dorset, Britain.

Satu lagi spesies ikan serupa dinamakan Nimrod sempena pembinaan sebuah pesawat pejuang tentera yang memiliki tanduk. Penyelia hidupan akuatik Matthew Fuller berkata: Wajah pelik Nimrod mirip salah satu pesawat tentera dan tiada siapa tahu mengapa ia memiliki tanduk di hadapan kepala sedangkan ia adalah ikan katanya.

Subhanallah! Gua Biru Yang Luar Biasa Di Croatia (6 Foto)

Terdapat sebuah gua yang luar biasa terletak di kawasan kepulauan Bisevo, Croatia, Gua Biru @ Blue Cave ini merupakan salah sebuah gua yang paling cantik di dunia.Gua ini mula dikenali pada tahun 1884 apabila sebahagian dari dinding tempat masuk gua ini telah diletupkan, Sebelum itu, laluan masuk ke dalam gua ini hanya melalui selaman bawah laut. Masa yang paling ideal untuk melawat gua ini adalah pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari apabila cahaya matahari memasuki air dan terpantul pada batu kapur di dasar gua ini. Ia menghasilkan warna biru yang sungguh menakjubkan. Jom lihat gambar di bawah ini.






Seram! Misteri Gua Mirip Wajah Manusia



Beranikah anda memasuki gua pelik mirip tengkorak manusia? Gua di kuari Hodge Close ini dikatakan gua ngeri di Britain. Sinonim dengan rupa dan bentuknya, gua pelik di tasik kuari terbengkalai berhampiran Coniston, Cumbria, juga dipercayai berbahaya kerana telah menelan nyawa beberapa penyelam.

Kolam tersebut mencapai kedalaman 25 meter dan mempunyai terowong sepanjang dua meter persegi. Tempat pelik yangpopular di kalangan penyelam itu difahamkan menelan sekurang-kurangnya tiga nyawa sehingga tahun lalu.

Jurugambar, Peter Bardsley memberitahu, mangsa-mangsa yang terbunuh di situmenemui ajal di dalam terowong yang dipenuhi air selain menyebabkan merekaterjgelincir ke bawah. “Saya hanya sedar rekfleksi imej tengkorak ini sewaktu menghasilkan gambar selepas pulang dari menyelam,” kata Bardsley.

Kasihan Anak Diikat Ketika Ibu Bapa Keluar Bekerja

Kasihan Anak Diikat Ketika Ibu Bapa Keluar Bekerja | Pelbagai perkara pelik yang berlaku di sana. Antaranya soal penjagaan anak. Terdapat beberapa tempat yang boleh dikira mungkin sebagai kawasan pendalaman memperlihatkanbagaimana ibu bapa menjaga anak kecil mereka ketika keluar bekerja. Gambar di bawah ini menceritakan segalanya apabila ada anak yang diikat dan perbuatan itu dilihat sebagai satu yang kejam. Boleh lihat gambar di bawah ini. 








Kali ni penulis nak tunjukkan bagaimana ibu bapa di China meninggalkan anak mereka di mana saja yang mereka fikir sesuai demi untuk ke tempat kerja. Penulis tahu mungkin ada di antara ibu bapa yang miskin sehingga tidak mampu membayar dan membawa anak ke pusat penjagaan. Tapi fikirlah pakai otak.

Ramai lagi orang yang tak mampu di dunia ini, tapi tidak pula melakukan hal sedemikian kepada anak mereka. Mereka telah mengikat anak-anak kecil itu di tingkap sebelum ke tempat kerja.

Kesian sungguh! Macam mana kalau mereka nak buang air atau berasa lapar. Kena tunggu sampai ibu bapa pulang ke?

Budak-budak mana tahu apa pun. Yang mereka tahu menangis kalau rasa tak selesa. Tak dapat penulis fikirkan apalah yang akan terjadi jika ada sesuatu perkara berlaku seperti kecemasan, nak menyesal pun dah tak guna.

Jika ada pengawasan orang dewasa tak apa jugak. Tapi musykil, tak kan kot mereka nak ikat anak kalau ada orang tengokkan.

Harap-harap suatu hari nanti terbuka minda ibu bapa ini untuk tidak melakukan perkara sebegitu lagi.

Kesian dekat budak kecil.