Soalan : Apakah hukum dan juga dalil seseorang muslim tidak dibenarkan berjalan melintasi seseorang yang sedang bersembahyang (fardhu mahupun sunat). Apakah azab-azab yang telah disebutkan dalam ayat-ayat quran dan juga hadis yang berkaitan?
Jawapan : Banyak hadis yang menjelaskan tentang HARAM-nya melintasi orang yang sedang solat. Diantaranya, Dari Zaid bin Khalid bahawa Nabi SAW bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya kerana berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, nescaya ia lebih suka berdiri menunggunya sampai 40 musim daripada lalu dihadapannya“. (setengah riwayat mengatakan 40 tahun).
Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah. Berkata Ibnul Qayyim: “Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram yang disebutkan itu ialah bila orang yang bersembahyang itu menggunakan tabir. Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lalu di depannya.
Dasar ketentuan sesuai dengan hadis Nabi yang bermaksud: “Dari Muthalib bin Abi Wada’ah katanya, saya melihat Nabi SAW setelah selesai tawaf, berjalan melalui tempat tawaf, kemudian bersembahyang dua rakaat, sedang diantara baginda dengan orang-orang tawaf itu tidak ada tabir apapun”
No comments:
Post a Comment