Nama saya Aiman Afify.FB?Aiman Affify.Hope u enjoy reading my blog.

Thursday, May 10, 2012

Malu Kerana Kalah Perlawanan Persahabatan


Perlawanan Persahabatan Kelantan Vs Terangganu


Mail dan Azman pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan. Pemain-pemain bola sepak kelantan dirundung rasa malu yang amat sangat. Oleh kerana itu Mail dan Azman bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. 
Mail yang menyamar dengan gaya koboi berjalan-jalan ke kedai di kampungnya.
Tiba-tiba seorang nenek menegurnya, “Hey Mail..”
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, Mail segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek tadi.
Dalam hatinya dia berkata, “Kali ni nenek tu takkan kenal aku lagi”
Tiba-tiba nenek itu berkata “Hey Mail..”
Kerana kehairanan yang amat sangat, Mail bertanya kepada nenek tersebut
“Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?”
Nenek itu menjawab, “La engkau ni.. Ini aku la. Azman!”

Ps: Tiada kaitan perlawanan Kelantan Vs Terangganu di malaysia

No comments:

Post a Comment