Nama saya Aiman Afify.FB?Aiman Affify.Hope u enjoy reading my blog.

Sunday, May 27, 2012

Koleksi Gambar Lelaki Bergambar Seperti Perempuan

Macam mintak penampar! Itu sahaja yang dapat kami ungkapkan apabila tengok gambar lelaki jadi perempuan ni. Selalunya kita dapat melihat aksi-aksi panas dalam gambar ini dilakukan oleh perempuan. Ini adalah aksi lelaki yang amat lawak dari segala aspek. Pandangan anda? haha


Gambar lelaki kepenatan setelah berkerja


Kecomelan lelaki yang harus dipendam


Lelaki jatuh basikal dan terkoyaknya seluar dalam


Comel mengalahkan kecomelan doraemon


Gambar sangat mengiurkan


Tiba-tiba hidung berdarah weh


Mengalahkan keseksian perempuan


Gedik gila


Rasa nak cubit pipi dia

17 Keping Gambar Majlis Pernikahan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

Untuk peminat Awal dan Scha, Chocolate bawakan kepada anda 17 keping gambar sekitar majlis pernikahan mereka yang telah berlangsung


Lagi 16 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.















Thursday, May 10, 2012

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang






Kisah ini berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. 

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. 

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. 

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, 

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)

Malu Kerana Kalah Perlawanan Persahabatan


Perlawanan Persahabatan Kelantan Vs Terangganu


Mail dan Azman pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan. Pemain-pemain bola sepak kelantan dirundung rasa malu yang amat sangat. Oleh kerana itu Mail dan Azman bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. 
Mail yang menyamar dengan gaya koboi berjalan-jalan ke kedai di kampungnya.
Tiba-tiba seorang nenek menegurnya, “Hey Mail..”
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, Mail segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek tadi.
Dalam hatinya dia berkata, “Kali ni nenek tu takkan kenal aku lagi”
Tiba-tiba nenek itu berkata “Hey Mail..”
Kerana kehairanan yang amat sangat, Mail bertanya kepada nenek tersebut
“Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?”
Nenek itu menjawab, “La engkau ni.. Ini aku la. Azman!”

Ps: Tiada kaitan perlawanan Kelantan Vs Terangganu di malaysia

Jatuh Cinta Dengan Teman Baik

Alangkah beruntungnya jika mempunyai seorang sahabat baik yang sering berada di sisi anda. Anda berdua sering bertukar cerita, saling membantu, berkongsi masalah dan suka-duka kehidupan. Saling menyokong satu sama lain, sepertimana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabat.





Tanpa anda sedari, anda sudah jatuh cinta dengan teman baik anda. Tidak salah untuk anda jatuh cinta kepada sahabat anda, sekiranya anda masing-masing masih solo. Bagaimanakah seterusnya?

Dilema: Persahabatan vs Percintaan
Kebanyakan individu yang jatuh cinta kepada sahabat baik mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan. Ini kerana mereka berpendapat tali persahabatan yang sudah terbina sekian lama amat berharga dan mereka khuatir seandainya hasrat cinta mereka diluahkan, persahabatan itu akan terganggu. Malah jika tidak kena caranya, persabahatan terputus. Setiap perkara ada risiko, sama ada kecil atau besar. Sebelum pergi lebih jauh, selami hati anda terlebih dahulu dan putuskan apa yang anda mahu dalam hidup.

Strategi
Jangan sesekali bertindak terburu-buru. Jika dia hanya kenalan biasa, mungkin lebih mudah mengungkapkan cinta. Tetapi, bagi seorang sahabat baik, lebih sukar untuk mencurahkan isi hati anda. Si dia mungkin akan terkejut, bertindak defensif lalu menjauhkan diri. Jika anda sukakan dia, mulakan dengan memberi sedikit demi sedikit petanda agar dia boleh mencerna perubahan rasa hati anda dengan lebih terbuka dan rasional. Dalam pada itu, risik reaksinya. Lihat tindak balasnya, dari situ anda boleh menilai sama ada anda mempunyai peluang ataupun tidak. Pada masa yang sama, sentiasa ada untuknya pada saat dia memerlukan anda. Ingat, anda sahabat baiknya. Jangan dek kerana terlalu mengejar cinta, status dan tanggungjawab sebagai seorang sahabat diabaikan. Berdoalah kepada Tuhan agar dibukakan pintu hati si dia untuk anda.

Luahkan perasaan
Memandangkan anda merupakan sahabat baiknya, sedikit sebanyak anda tentu mengenali dan memahami dirinya. Jangan luahkan perasaan dengan cara yang dia tidak suka. Cari masa yang sesuai. Lakukan dengan penuh ikhlas dan berhikmah. Dia mungkin akan menerima atau menolak. Apapun keputusannya, terima dengan hati terbuka kerana anda sudah berterus-terang dan mendapat jawapan kepada setiap persoalan. Kalah setelah mencuba sedaya upaya lebih mulia daripada kalah sebelum pertarungan. Tidaklah anda menyesal di kemudian hari kerana tidak menyuarakan isi hati.

Cinta adalah anugerah dari Tuhan, dan merupakan fitrah seorang manusia. Seandainya si dia memang jodoh anda, bersyukurlah. Tetapi jika si dia mahu kekal menjadi seorang sahabat, terimalah dengan redha.

Kenali SIapa Mahram Anda Dan Batas Pergaulan


Siapakah anda ?




Gambar Medusa Yang Sangat Cool

Hasil seni yang mengagumkan. Anda perlu melihat dari sudut yang betul untuk melihat gambarnya. Kalau salah sudut, mesti tak akan nampak apa yang gambar ini cuba sampaikan. Wow. Menarik. Cuma.. persoalan telor, macam mana kita nak tahu sudutnya ya? Ada orang akan bagitahu atau kita kena explore sendiri? Emmm.. Ini pun seni juga. Seni menguji kesabaran jika kena explore sendiri. Hehe..






Lawak - Hagemaru's Story


Budak budak botak yang suka guna barang orang


Isu Cinta - Relevankah istilah ‘Perigi Mencari Timba’ ?


“Sudi tak awak kawin dengan saya”? Ini adalah ungkapan yang selalu dituturkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita. Tiada yang ganjil bukan. Bagaimana pula jika ia dituturkan oleh seorang wanita kepada seorang lelaki. Dalam konteks kehidupan masyarakat kita sekarang, wanita tersebut pasti digelar “perigi mencari timba” kan?


Andai anda seorang wanita yang sangat menyukai seorang lelaki, dan anda merasakan bahawa lelaki itu mampu menjamin kehidupan dan kebahagiaan anda kelak, tetapi anda takut atau kuatir untuk memulakan langkah pertama kerana risau digelar perigi mencari timba. Walhal, anda memulakan langkah tersebut untuk membina sebuah perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan kerana ianya dituntut dalam Islam

Tekanan
Istilah perigi mencari timba ini sebenarnya secara tidak langsung memberi tekanan kepada wanita-wanita yang agak berusia atau bekerjaya untuk mempunyai pasangan hidup. Mereka merasa malu untuk memulakan langkah pertama dalam menyatakan isi hati mereka kepada seseorang. Hal ini secara tidak langsung mendorong golongan ini untuk memilih menjadi anak dara sehingga ke akhirnya atau menjadi isteri muda. Relevankan istilah perigi mencari timba ini kerana setiap manusia tidak kiralah lelaki atau perempuan mempunyai hak untuk memilih sesiapa yang disukai atau disayanginya….

Drama/Filem
Selalu juga ditonjolkan dalam drama-drama atau filem-filem tentang persahabatan 2 sahabat karib, lelaki ( kita gelar dia sebagai A ) dan wanita ( kita gelar dia sebagai B ). Dalam perhubungan tersebut, A menganggap B adalah teman terbaiknya. Segala-galanya dikongsikan bersama B walaupun tentang perasaannya terhadap wanita lain. Tapi, lain pula halnya bagi B. Keakraban yang dibina sejak sekian lama telah memutikkan rasa cinta dihatinya terhadap A. Mahu bersikap jujur dan menyatakan isi hatinya terhadap B, terasa malu pula. Bimbang digelar perigi cari timba. Akhirnya B melepaskan A kepada wanita lain. Tanpa diketahuinya, A juga menyimpan satu rahsia dalam dirinya bahawa dia sebenarnya mencintai B. Berakhir kisah cinta rahsia antara dua hati ini.

Mentaliti
Mentaliti orang kita terhadap hal ini sebenarnya tidak membantu dalam membina sebuah komuniti yang normal. Sifat malu perlu ada pada setiap wanita, tetapi tiada yang salah tentang menyatakan jika kita menyukai seseorang itu. Asal jangan melebih-lebih sehingga menjatuhkan maruah sendiri sahaja sudah.

Rumusan
Jadi wanita-wanita di luar sana, fikirkan dalam-dalam samada anda sanggup melepaskan seseorang yang anda cintai semata-mata risau digelar perigi mencari timba. Ia hanyalah istilah. Tiada yang menjilidkan di dalam undang-undang bahawa sekiranya kita menyatakan rasa hati kita kepada seorang lelaki, kita dianggap “muka tidak tahu malu”. Tiada salahnya mencuba. Penolakan itu biasa, tapi penyesalan sekiranya tidak menyatakan isi hati adalah yang paling memeritkan… Malu tapi mahu, bukankah begitu?? =)..