Nama saya Aiman Afify.FB?Aiman Affify.Hope u enjoy reading my blog.

Monday, September 10, 2012

Kasihan! Ular Sawa Hamil Dilanggar Anak Berterabur




Sebelum ni kita pernah melihat ular sawa dijadikan sosej makanan (LINK). Ini adalah rakaman video yang menggambarkan seekor ular sawa raksasa yang sedang hamil dilanggar sebuah kenderaan dijalan raya hingga mati, tragisnya telur yang berisi janin ular dalam kandungan ular sawa itu berterabur keluar hingga bersepah di jalan raya. Di bawah merupakan gambar ular sawa hamil yang telah digilis di atas jalan raya.


Masih banyak orang bingung sebenarnya ular sawa itu bertelur apa beranak seperti halnya mamalia lain, tapi bukankah ular tidak menyusui? Bererti bertelur yang lebih tepat adalah Ovovivivar.

Kebanyakan jenis ular berkembang biak dengan bertelur. Jumlah telurnya boleh beberapa butir saja, hingga puluhan dan ratusan butir. Ular meletakkan telurnya di lubang-lubang tanah, gua, lubang kayu lapuk, atau di bawah timbunan daun-daun kering. Beberapa jenis ular diketahui menunggui telurnya hingga menetas; bahkan ular sawa ‘mengerami’ telur-telurnya.

6 Tip Elak Mengantuk di Pejabat (Menarik!)



Apabila kita bekerja tidak kira di mana mahupun di pejabat, rasa mengantuk boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyangan dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh kita lakukan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. Wangian aromaterapi

Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

4. Dengar Muzik

Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Luar Biasa! Budak 2 Tahun Miliki Kemahiran Kendali Haiwan Liar



Boleh dianggap luar biasa jika seseorang itu mempunyai kemahiran untuk mengendalikan haiwan liarseperti buaya, ular dan sebagainya. Menurut laporan, walaupun baru berusia dua tahun, Charlie Parker boleh dianggap sebagai ‘pakar ular’ jika dilihat kemahirannya berdepan dengan reptilia berbahaya itu.

Keyakinan dapat dilihat dengan ketara ketika Parker mengangkat ular sawa seberat 10 kilogram semalam, walaupun pada ketika tertentu langkah budak itu kelihatan goyang. Media tempatan melaporkan, Parker kini digelar sesetengah pihak sebagai renjer haiwan liar paling muda di Australia.

Melihat kepada sejarah hidupnya, memang tidak menghairankan jika Parker mudah akrab dengan haiwan liar. Dia dilahirkan pasangan suami isteri yang menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Victoria. Bapa Parker yang juga pemilik taman itu, Greg, berkata tiga generasinya menjadi penjaga haiwan dan membesar dalam lingkungan hidupan liar. “Kami memang terkejut dengan kemampuan semula jadi Parker berdepan haiwan liar.

“Selain tidak menampakkan rasa takut, Parker juga melayan haiwan yang ada di taman hidupan liar ini. “Dia juga mengagumkan kerana memiliki pengetahuan mengenai haiwan itu tanpa perlu kami memberinya pendedahan apa-apa sejak awal.

“Nampaknya kemahiran itu memang ada dalam darah dagingnya,” katanya.

Selain ular, Parker juga sering dibenarkan bermain dengan pelbagai jenis haiwan liar lain, termasuk anak buaya di taman haiwan yang dibuka sejak 1987 itu.

Budak Jadi Jutawan Kerana Muntah Ikan Paus




Tahukah anda bahawa muntah ikan Paus sangat mahal? Itulah yang ditemui oleh seorang budak lelaki yang tinggal di Bournemouth, Britania Raya. Budak yang beruntung ini adalah Charlie Naysmith 8 tahun. Ketika dia sedang berjalan-jalan di tepi pantai Hengistbury Head, dia ternampak sebuah bongkahan agak besar yang menyerupai batu. Bentuknya yang tidak rata dan berwarna kuning keemasan membuat Charlie berfikir ini adalah jenis batu yang biasa ditemui di tepi pantai.

Akan tetapi, orangtuanya tidak cepat mengambil keputusan begitu saja, mereka justru meneliti bongkahan unik tersebut. Ternyata, itu bukanlah batu melainkan muntah ikan Paus Sperma yang sudah mengeras kerana sudah lama terkena paparan sinar matahari dan zat garam dari air laut.

Faktanya, muntahan Paus Sperma ini banyak dicari oleh pembuat perfum kerana kandungan kimia di dalamnya mampu membuat aroma perfum bertahan lebih lama.

Harga 500 gr kotoran/limbah paus bisa mencapai 10.000 dollar Amerika Sedangkan, untuk ukuran bongkahan muntah paus yang ditemukan Charlie, harganya boleh mencapai 63.000 dollar Amerika . Dengan jumlah yang sangat besar itu, Charlie bisa menjadi jutawan cilik mendadak, hanya kerana kebetulan menemui muntahan ikan paus sperma tersebut.

Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia

Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.

Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.

Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu. Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut 
:





Kisah Seram – Usikan Bibir Kebaya



Ingin membaca kisah seram lagi? Satu lagi kisah seram yang ingin dikongsikan kepada anda yang bertajuk Usikan Bibir Kebaya. Jom layan cerita di bawah ini.

Sejak dari pagi lagi, anak-beranak Haji Solehin sibuk menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil arwah yang akan diadakan selepas Maghrib nanti. Masing-masing telah diberikan tugas khas yang perlu diselesaikan sebelum menjelang senja. Semua kesepuluh anak Haji Solehin telah berkampung di rumah pusaka arwah sejak dua hari lepas. Masa itulah mereka membersihkan rumah yang telah ditinggalkan semenjak kematian Haji Solehin dan mula mengumpul kayu api di bawah bangsal untuk memasak.

Di Kampung Sungai Sengkela, kalau anak-beranak Haji Solehin pulang serentak, barulah suasana kampung bertukar wajah. Bayangkanlah keriuhan sepuluh orang anak dengan bilangan cucu mencecah 40 orang dan beberapa orang cicit. Rumahnya riuh-rendah dengan suara kanak-kanak bersorak riang bermain bola, suara si ibu memarahi anak dara yang lambat mandi dan suara si bapa yang sibuk mengarah tapi mata asyik melekat pada kaca televisyen.

Ketika memasak sambal sotong di bangsal tepi pokok jambu, anak ketiga Haji Solehin, Kamariah, mula bercerita kisah zaman kecilnya sambil tangan sibuk mengacau kuah sambal. Turut membantunya di bangsal ialah seorang anak daranya dan tiga orang anak saudara yang baru tiba dari Temerloh, Pahang.

“Kamu semua nampak tak pokok kundang yang lebat berbuah di tepi parit tu?,”soal Kamariah sambil mengalih-alihkan kayu api.

“Dulu, masa arwah tok kamu masih ada… dia pernah bercerita tentang perempuan cantik yang sering ditemui di situ. Yang peliknya, hanya lelaki sahaja yang pernah melihat perempuan cantik tu. Arwah Wan kamu sendiri tak pernah berjumpa dengannya,” kata Kamariah.

“Siapa perempuan cantik tu, Mak Lang? Dia orang kampung ni juga ke?” tanya Shidah.

“Menurut arwah tok kamu, orang kampung percaya perempuan cantik yang mereka temui itu ialah arwah Mak Ngah Bibah yang meninggal dunia akibat menggantung diri. Dulu, arwahlah yang menanam pokok kundang di tepi parit tu. Selepas isterinya meninggal, suaminya terus meninggalkan kampung ini dan menjualkan tanah tapak rumahnya kepada orang lain. Mereka bukan penduduk asal Kampung Sungai Sengkela tapi merantau ke sini dari Pattani.

“Arwah Mak Ngah Bibah pernah menjadi Ratu Kebaya sebelum berkahwin kali kedua dengan Pak Bidin. Faham-fahamlah bila dah dapat gelaran ‘ratu’, orangnya mestilah cantik molek. Kiranya, dia memang jadi sebutan di kampung ni. Pada mulanya, Pak Bidin kembang kempis bila orang memuji isterinya. Tapi lama kelamaan dia mula panas hati. Bila dah kenal erti cemburu, badan Mak Ngah Bibah menjadi mangsa Pak Bidin melepaskan amarahnya.

“Semua orang kampung tahu Pak Bidin mendera isterinya. Bukan seorang dua yang pernah menasihatinya malah dah berbuih mulut orang kampung cuba mendamaikan mereka. Menasihatkan Pak Bidin samalah seperti mencurahkan air ke daun keladi. Di depan orang kampung, dia berjanji akan berubah sikap. Di depan Mak Ngah Bibah, dia kembali menjadi ‘singa’ lapar.

“Kemuncak pergaduhan mereka terjadi apabila Pak Bidin menuduh isterinya membuat hubungan dengan anak Pak Din Tukang. Anak Pak Din tu baru je lepas universiti. Sementara menunggu peluang kerja, dia menolong ayahnya bertukang menyiapkan rumah orang kampung.

“Ketika membesarkan dapur rumah Pak Bidinlah, Mak Ngah dituduh main mata dengan budak bujang tu. Puaslah Mak Ngah menafikan tuduhan liar suaminya tapi Pak Bidin sedikit pun tak ambil peduli. Hari tu, berbiratlah badan Mak Ngah dirotan oleh Pak Bidin. Dia memukul isterinya macam budak kecil.

“Puas melihat Mak Ngah kesakitan kena rotan, Pak Bidin terus menambah kesakitan dengan sepak terajang pula. Meraung panjang Mak Ngah hari tu. Orang sekeliling yang mendengar terus memanggil polis. Bila dah jadi kes polis, kisah Mak Ngah merebak hingga ke hujung kampung. Barulah Pak Bidin menyesal dan rasa malu yang teramat sangat. Tapi nasi dah jadi bubur. Mak Ngah dah tawar hati dengan perangai suaminya.

“Kekecewaan Mak Ngah semakin bertambah semenjak dua bulan selepas itu apabila ada perempuan Siam datang ke rumahnya dan mengadu sebagai perempuan simpanan Pak Bidin. Dia tunjukkan gambar-gambar Pak Bidin yang ada dalam simpanannya. Hancur-luluh hati Mak Ngah Bibah melihat kelakuan tak senonoh suaminya itu.

“Selang seminggu selepas itu, semasa Pak Bidin tiada di kampung, mayat Mak Ngah Bibah dijumpai tergantung di dalam bilik tidurnya. Gemparlah seluruh kampung mendengar kisah Mak Ngah Bibah membunuh diri.

“Selepas jenazahnya selamat dikebumikan, barulah Pak Bidin balik ke kampung semula. Tapi dia tak sanggup lagi tinggal di rumah tu. Katanya hantu Mak Ngah selalu mengganggunya,” jelas Kamariah dengan panjang lebar.

“Masa bila pulak orang kampung terserempak dengan hantu Mak Ngah tu?” soal Shidah lagi. Bersungguh-sungguh dia hendak tahu cerita Mak Ngahnya itu.

“Arwah tok kamu pernah terserempak dengan perempuan cantik memakai kebaya ketika hari senja. Waktu tu, dia sedang menghalau lembu ke dalam kandang. Kebetulan pula, kandang lembu tu didirikan berdepan dengan pokok kundang. Perempuan cantik tu berjalan laju melintas di depannya dan terus berlalu ke arah kebun Haji Busu. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Sekali toleh sahaja bayangan perempuan cantik itu sudah menghilang.

“Selain daripada arwah tok, Haji Busu pun pernah terserempak dengan perempuan berkebaya sewaktu balik daripada majlis tahlil di rumah Pak Uteh. Menurut ceritanya, Haji Busu mendengar suara perempuan menangis di bawah pokok kundang. Dari jauh, Haji Busu nampak perempuan berkebaya seolah-olah melambai-lambai ke arahnya. Bila didekati, ia semakin menjauh dan terus hilang. Bila hantu berbaju kebaya menjadi bualan penduduk kampung ini, nama arwah Mak Ngah Bibah terus dikaitkan dengannya. Sama ada betul atau tidak, itulah hantu Mak Ngah Bibah, tiada siapa yang tahu,” ujar Kamariah.

Selepas bercerita panjang lebar, Kamariah terus mengusik anak-anak saudaranya dengan cerita hantu yang pernah didengarinya sebelum ini. Masing-masing melopong mendengar cerita seram Kamariah.

Majlis tahlil di rumah arwah Haji Solehin berjalan lancar pada malam itu. Semua lauk-Pauk yang dihidangkan kepada hadirin yang datang, habis dijamah. Selesai membasuh pinggan, tibalah giliran Kamariah dan suaminya untuk menghantar Pak Uteh balik ke kampung seberang. Pak Uteh yang menjangkau usia 80 tahun, terlalu uzur untuk balik sendirian.

Dalam kereta, Kamariah sibuk mengungkit kisah arwah Mak Ngah Bibah. Pak Uteh pun galak menyambung ceritanya, semakin menambahkan kerancakan mengenainya. Sebaik sahaja menghantar Pak Uteh, suami Kamariah bercadang untuk mengikut jalan pintas untuk ke balik ke rumah.

Kisah Mak Ngah Bibah masih menjadi topik pilihan perbualan mereka. Tatkala melintas di kawasan kubur lama, Kamariah dan suaminya ternampak seorang perempuan cantik melintas betul-betul di hadapan keretanya. Nasib baik dia tidak dilanggar oleh suaminya. Yang membuatkan mereka melopong ialah perempuan cantik itu memakai
kebaya. Anehnya, wanita cantik itu tidak berkaki! Masing-masing terdiam dan hanya terpaku melihat bayangan wanita cantik berkebaya itu semakin menjauh dan terus menghilang.

Semenjak peristiwa tersebut, Kamariah terus tidak berani lagi menyebut nama Mak Ngah Bibah. Barangkali dia sendiri tidak menyangka akan bertemu dengan wanita berbaju kebaya itu.

Cerita Hantu Di Hostel (Seram!)



Mendengar cerita-cerita hantu dari senior kepada junior merupakan perkara biasa di asrama sekolah. Tidak cukup itu lagi, ia juga berlanjutan sehinggalah ke dunia hostel pelajar universiti. Pelbagai versi cerita hantu kita dengari. Jom kita dengar sebuah kisah hantu di hostel.

Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan Entah la,aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.

Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.

Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Click Here

Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.

Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap tak ada langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..

Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:

“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
Jangan jadi blogger syok sendiri

“Mana ada, semua dah tidur la..”

“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”

“….”

Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..

Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.